Khamis, 9 Jun 2011

mujahidah sejati


Assalammualaikum....
SEORANG WANITA.........
Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN
Dialah puteri indah RUPAWAN
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
Dia selesa bersama CINTANYA
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga
Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI...
Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN..
Mulianya kerana KETAQWAAN...
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA...
kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN..


SEORANG LELAKI..............
Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagho Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~

Biarlah dia seorang yg bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~

Biarlah dia seorang yg bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia ~

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......



****RENUNGKANLAH**** "Bergungung mana pun harta,bukanlah kaya namnya,jika miskin budi bahasa... "secantik mana pun diri,bukanya pahlawan namanya,jika nafsu tidak dapat dilawan... "secantik mana pun rupa dan ayu,bukanlah namanya ratu,jika buruk tingkah lakunya.... "setinggi mana pun darjatnya,bukanlah namnya mulia,jika tiada iman di dada... "melangit mana pun ilmu,bukanlah namanya bijaksana,jika tidak diamal dan diguna.... "sealim mana pun warak,bukanlah namanya ulamak,jika takbur dan riak....

Bismillahirrahmaanirrahim.................... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

InsyaALLAH..ameenn !! ♥ ♥

sepi yang mencengkam hidupku.

Di satu sudut yg sunyi,
ditemani kicauan burung yg keluar mencari rezeki dipagi hari aku termenung seorang diri...
fikiran kosong bersama hati yang merindui orang-orang yg disayangi....
satu persatu wajah yang redup terbayang di ruang mata..
gelak dan tawa, saat suka duka jelas bermain diruang imaginasi...

entah mengapa hatiku menjadi sebak tiba-tiba..
mungkin kerana rindu yang begitu mencengkam sanubari,
air mata gugur di pipi tanpa dapat aku kawal...
oh ayah, oh ibu, sesungguhnya anakmu ini amat merindui mu...

disatu sudut aku menjalani rutin seperti hari-hari yang telah berlalu,
namun di satu sudut hati ku terpendam suatu rasa yang aku sendiri xpasti,
tiada lagi hati yang penuh terisi dengan kasih sayang,
hati yang kegersangan mencari kasih Ilahi,
mencari kasih manusia yang aku sendiri tidak pasti....


Ya Rabbi, sesungguhnya bimbinglah hambaMu ini dalam mencari redhaMu..
bantulah hambaMu ini dalam mencari ketenangan hakiki,
sebelum hambaMu ini pergi menuju alam yang kekal abadi,
hanya padaMu tempat mengadu,
dan hanya Engkaulah yang Maha Memahami dan Mengetahui segala isi hati...

CaRi RedHaMu


Duhai ayahku aduhai oh ibuku
hidupku mencari restu
Tiada arah pandu
perlukan bimbinganmu
tuk jadi umat bermutu,
tuk jadi muslim terunggul
tuk jadi kekasih tuhanku

Timur ke barat,selatan ke utara,
semoga aku tak alpa,
dari buaian hingalah ke akhiran,
tak ingin ku disesatkan,
tak mahu hilang pegangan,
oh tuhan, jauhkan godaan,

Ibu-ibu bapa-bapa siapa yang punya anak,
bimbing aku, aku yang ingin tahu,
kau pandulah hidupku kerna cuma dirimu yang faham anakmu,

Pengumuman-pengumuman hidup biar ada ilmu
islam pasti akan terus maju
jangan lupa cari restu Allah maha satu
Allah Maha Tahu


Timur ke barat,selatan ke utara,
semoga aku tak alpa,
dari buaian hingalah ke akhiran,
tak ingin ku disesatkan,
tak mahu hilang pegangan,
oh tuhan, jauhkan godaan,



Allah, Tuhan maha satu bimbing
bimbing aku, aku yang tidak tahu,
kau tunjukkan diriku jalan mencari restu
menuju redhamu.

Pengumuman-pengumuman hidup biar ada ilmu
islam pasti akan terus maju
jangan lupa cari restu Allah maha satu
Allah Maha Tahu(3x)

Khamis, 2 Jun 2011

MuHaSaBaH cInTa


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu


Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

CiNtA ZamAn sEkArAnG



betul ke mcm 2 zaman sekarang?
cannot go la! hahahahaha
Aku kira mejoriti la so kepada sesiapa yg bercinta jgn sentap
Cinta 2 bkn lah seindah mcm yg kita bayangkan
Jika silap langkah masuklah kita ke kancah kehinaan
Kalau mmg nk cinta yg seja
Ha btul ka mcm yg dinyatakan di atas?
ti
Cinta Allah Sejati dunia sampai akhirat
Aku bkn nk brlagak mcm ustazah
atau apa ka sbb aku pun byk dosa
Aku menulis ni unk sama2 beringat..

Tadi kat sekolah ada kempen " tangisan jiwa"
kempen ni menyampaikan mesej tentang pembuangan bayi
dan penderaan kana-kanak
isu ni mmg popular la sekarang
dan kebanyakan yg terlibat adalah REMAJA
menurut kajian yg paling byk membuang bayi adalah
pelajar sekolah AGAMA.
apa kes ni pelajar sekolah AGAMA?
bkn kah depa dapat didikan agama yg cukup ka?
mcm mna boleh berlaku?
Tepuk dada tanya iman

Sebenarnya punca semua ni adalah perkataan CINTA
Yg aku mksd kan kat sini adalah Cinta lakonan
seperti menanam tebu di tepi bibir
hanya kerana pujuk rayu sang lelaki wanita hanyut...
hanyut.. membawa maruah terkontang kanting..
x syg kah mereka pada diri sendiri?
Apakah mereka mahu kita kaum wanita berstatus
seperti zaman jahiliah dulu?
Kaum kita x da harganya?
Berapakah harga maruah kita?
sampai hati sungguh la..
disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

x kesian kah membuang bayi yg tidak brdosa?
bayi yg dikandung selama sembilan bulan
memang x da sifat keperimanusiaan
haiwan pun syg akan anak2 nya
haiwan pun jaga anak2 depa
ni manusia buang anak
Allah dah cipta kita terlalu istimewa
kita mempunyai akal unk berfikir
tetapi ampa x guna
ampa letak mana hah akal 2?
kira dah lebih teruk daripada binatang

Ya Allah engkau jauhkanlah aku daripada
tergolong dalam golongan org2 yg sesat
kau berikanlah aku petunjuk dimanapun aku berada
Aku percaya akan janji2 mu
bahawa wanita yg baik hanya unk lelaki yg baik
dan wanita yg jahat hanya unk lelaki yg jahat...
puji2 an keatas tuhan sekalian alam.. amin..

HA NI AQ AMBK DR BLOG JUNIOR AQ NI..BEST GAK KOWANG BACALAH
LINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...