Isnin, 19 Disember 2011
SaLaM pErPiSAhAn
Jumaat, 9 Disember 2011
luahan hati
Assalamualaikum semua.
lama gila dah x tulis blog nie..macam2 hal yg menggangu tumpuan ana.
spm la.
pc rosak la..
sibuk la.
macam2 la..
but yg paling merencatkan otak ana ialah KEHILANGAN ADIK KU YG tersayang .
Adik ana ROBIAHTHUL AHBAB BT AKBAR ALI telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 8/12/2011.pada pukul 8 pg..
baru berusia 9 tahun dan menghadapi masalah pada otak.x lah teruk sangat tapi dia tu lambat sikit terima apa2.tapi sumpah dia memang seorang yg sangat2 periang,manja,baik hati macam2 la.
kehilangan dia memang bg tamparan hebat wat kami sekeluarga..hilang dah kegembiraan wat kami..
aq cuba untuk kuat tapi memang x leh.setiap penjuru kat umah ni ada je kenangan ngan dia.
Dia sekolah kat spastic penang.memang baik dan pandai sngt.Yg memang aq x leh tngk bila cikgu2 dia semua mai waktu jenazah dimandikan,depa menangis sngt2 ,depa cakap depa pun nux mandikan dia..Ya Allah kowang bayangkanlah kalau cikgu dia sayang gila kat dia,bagaimana plak ngan keluarga dia..aq paling kesian tngk ayah aq sbb dari adiku kecik ayahku selalu bawak dia p sana p sini untuk berubat.sampai ayahku ambik cuti sebulan nux bawak dia p indon.macam2 dugaan dah dia lalui waktu kecik.kesian kat dia.memang semua owng cakap biarlah mar jgn nangis dia masuk syurga taw.tapi macam mana aq nux rela, aq sayang gila kat dia.aq x taw lah macam mana hari2ku lepas nie tanpa dia disisi.aq harap nnt aq dpt p U yg jauh2 sikit.memang susah dok kat sini.pagi2 bng je tidur asyik terbayang kat dia .selalu dia yg bangun awal gerak kami semua..macam2 la yg dia tinggal kat kami.aq rindu sngt2 kat dia..aq taw sekarang nie mesti dia happy gile sebab ustzh aq cakap owng2 yg baik bila dah mati roh diorang nnt p jumpa Allah.best kan.
tapi biarlah .law dia terus hidup pun mesti dia lg terseksa kan..Allah mesti bg yg terbaik untuk semua..x taw lah macam mana aq nak bangkitkan semangat ibu aq..lemah je dr semalam.kesianya..
Robi kami semua sayang robi sngt2..Robi tunggu kami kat sana taw sayang..
ah lupa plak aq sedih sngt2 sbb dia ada cakap kat aq 3 hari sblm meninggal,dia kata habis kuar hospital nie dia nux mula pakai tudung,dia cakap dia x nux Allah benci kat dia,dia suwoh aq tolong beli baju tangan panjang n tudung kat dia..tapiiiiiiiii aq x sempat..
biarlah dia x wat dosa pun..aq kan kuat lepas nie untk adikku.semoga ALLAH tempatkan aq disisi nya nnt.
OK LAH NIE LIRIK LAGU HIJJAZ...WALAUPUN LAGU NIE KPD SAHABAT TAPI AQ TUJUKAN LAGU NIE UNTUK ADIKKU YG TERCINTA.
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
YA ALLAH KUATKANLAH SEMANGAT AQ UNTUKKU TEMPUHI HARI2 YG BAKAL MENDATANG TANPA ADIKKU DISISI.KAU HADIAHKAN LAH KAMI KEBAHAGIAAN DAH TEMPAHLAH TEMPAT BUAT KAMI DISEBELAHNYA.
Sabtu, 26 November 2011
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian
Sabtu, 3 September 2011
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian
Isnin, 22 Ogos 2011
SeBuAh pEnAnTiAN
Seperti buku usang di atas meja,,
Diantara gudang dan Rumah tua,,
Diantara waktu danasa tertiup angin,,
Tak sengaja terbuka, tertinggal dan tak terbaca,,
Aku melih pergi, tak akan pernah bisa,,
Mencampakan Cinta ini,,
Dan aku akan tetap mencintaiMU,,
Walau tak memiliki Cinta ini,,
PadaMU kutemukan Terang diujung jalan,,
PadaMU juga KU hisap luka yang mengering,,
Aku setia duduk di sudut keheningan,,
Mengais arti dari sebuah bahagia,,
Yang tak kunjung tiba,,
Pada Awan KU jeritkan aroma pedihKU,,
Mengarah seribu duka,,
Cahaya yang semakin pudar,,
Harapan tinggal gulita,,
yang tak bisa KU raba lagi,,
yang tersisa dalam hati,,
KU hanyalah gelap dalam asa,,
AuraMU yang semakin pudar,,
Oleh sikap yang tak pasti,,
SikapMU melemahkan KU,,
BisuMU menyurutkan langkahMU,,
Seperti kemarau yang menanti hujan,,
Dan KU tunggu hatiMU yang masih diam,,
Jumaat, 5 Ogos 2011
::Impianku Mujahidah Acuan Quran::
Impianku menjadi muslimah
Yang cintakan agamanya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Impianku menjadi muslimah
Yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Impianku menjadi mujahidah
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Impianku menjadi mujahidah
Yang menjadi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
akhirat menjadi utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Impianku menjadi srikandi
Yang hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Impianku menjadi muslimah,mujahidah,srikandi
Menyoroti langkah Serikandi Nabi s.a.w
menjadi muqarrabin yang taat pada Ilahi
Bermujahadah, merebut kasih Rabbi
Istiqomah pada jalan perjuangan ini demi cinta Ilahi
~stefaislle
LaGu BoHoNg
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju
rahmat bahgia tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta
rahmat bahgia tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta
bohong.
lagu ini bohong.
yang aku dan anak2 aku ada cuma bohong2 yang terang.
tanahku--
sudah terkuak amannya.
lagu ini--
sudah tidak lagi lagu negaraku.
tapi lagu rakyat,
yang sedang sedikit2 dilupa orang.
buatmu insan
Pada sunyinya duniawi
BagiMU segala puji
ENGKAU penguasa langit dan bumi
Kumencari petunjuk abadi
Bersihkanlah hatiku yang kotor kerana nistaku
Dan sucikanlah kedalam lautan ampunanMU
Dalam sebak mengenang dosa
Dalam syahdu merindui pahala
Ku ingin meminta sesuatu dariMU
Tapi sungguh malunya kupadaMu
Namun KAU masih mengirim salam rindu
Lalu membuka luas langit keampunanMU
Basah lidahku mengucap pujian
Demi meraih keredhaanMU
Dan pada ketika tak tersangkakan
Menangisku dengan penuh kepiluan
pasti ada petunjuk kesesatan diantaranya
sengaja menguji kekuatan keimanan
jika pilihan tersasar situlah syaitan kegirangan
adakala hati terdetik mencari jawapan
pantaskah jalan ini ku pilih
banyak sungguh tohmahan
tak kurang umpatan keji di sisi
kerapkali aku tersungkur dalam pencarian
air mata peneman pengubat kepiluan
namun tiap kali aku bersujud padaMu
terasa Engkau mendengar keluhanku
seakan doaku Kau dengarkan
ya Allah kurniakanlah keinsafan berpanjangan
biar penyakit duniawi mampu ku ubati
Bawalah diriku
Carilah cahaya Ilahi
Jalan pulangku sentiasa menanti
Allah itu Maha Penyayang
Carilah iman dan takwa yang sejati
Itulah bekalan terbaik untuku
Menuju akhirat nan abadi
Sedarlah diri
Insaflah diri
Ingatlah diri
Janji Allah itu pasti
Janji Allah itu benar
Taubat untukmu sentiasa terbuka
Khamis, 28 Julai 2011
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon Google search dengan sendiri...
Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak di hujung jari..
Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi..
Bagusnya jika bijak menggunakan FB,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.
Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi..
Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti..
Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?..
Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?
Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri...
Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!
Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.
Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi..
Wahai Muslim Mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi...
Sampai di sini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi...
Maaf andai ada yang terhiris hati,
Aku sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah ya akhi wa ukhti,
semoga bertemu lagi..
Khamis, 7 Julai 2011
jom ziarah murabbi.net
lagu mantop :)
Menyubur ilmu membina peribadi
Menegakkan panji syiar Islami
Moga menyinari hidup insani
Al-Quran diagungkan sumber pedoman
Menyuluh jalan menuju Tuhan
Sunnah diamalkan menyemai ihsan
Rasul menjadi contoh tauladan
Di alam maya menjalin ukhuwwah
Meneguhkan tunjang perpaduan ummah
Terus berjuang menyebarkan dakwah
Bersama mencari keredhaan Allah
hambamu
Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati
Akhil Hayy:
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Chorus:
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Dekatkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisi-Mu ku berserah
Terimalah ku...hambaMu Allah
Mawi:
Sekiranya takdir menguji...cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa mengajar erti terus asa
Akhil Hayy:
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Chorus:
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Dekatkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisi-Mu ku berserah
Terimalah ku...hambaMu Allah
Jumaat, 24 Jun 2011
mahar cinta
If can you hear
my voice on love sing
If you are able to interpret each byte words that recites
Identify yourself right to understand
hope you built
a long time at the corner of my heart
Only for you ...
I am not deliberately
Protecting feeling in the soul
But right terleka concerned themselves
saddled with hopes and dreams Drift beautiful
abandoned all desire Up
As I promised imaginary
mountain of happiness as dowry delivery
Could it be that you understand
all love expressed
is not just toys , but a promise ...
If can you listen to
Voice Heart sing love
If you can interpret each byte words revealed ...
Identify yourself to see
the hidden secret love
for a long time at the corner of my heart
Only for you Forever ...