::Impianku Mujahidah Acuan Quran::
Impianku menjadi muslimah
Yang cintakan agamanya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Impianku menjadi muslimah
Yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Impianku menjadi mujahidah
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Impianku menjadi mujahidah
Yang menjadi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
akhirat menjadi utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Impianku menjadi srikandi
Yang hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Impianku menjadi muslimah,mujahidah,srikandi
Menyoroti langkah Serikandi Nabi s.a.w
menjadi muqarrabin yang taat pada Ilahi
Bermujahadah, merebut kasih Rabbi
Istiqomah pada jalan perjuangan ini demi cinta Ilahi
~stefaislle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan