Jumaat, 3 Mei 2013

PRU oh PRU ( *_*)



Pilihanraya,
kalau kita menang dengan penipuan,
kita kena ingat yang kita tak dapat mandat rakyat.

Rakyat yang rasa tertipu pula akan bangkit.

Pilihanraya hakikatnya bukan pertandingan nak dapatkan untuk diri kita sendiri kuasa, tetapi pertandingan untuk berikan khidmat terbaik buat rakyat.

Kita patut malu 5 tahun sekali kita pergi merayu pada rakyat agar undi kita, lepas pilihanraya, kita pula suruh rakyat syukur dengan kita, suruh rakyat berjimat sedang kita boros, suruh rakyat bersederhana sedang kita bermewah-mewah. Malu patutnya.

Kita kena ingat, pilihanraya ini natijahnya adalah amanah. Amanah Allah akan tanya di akhirat kelak. Rakyat pilih kita untuk menanggung amanah, menjadi wakil kepada rakyat, agar hak-hak rakyat terjaga, ada peningkatan, bukan semakin dihina dan dizalimi.

Kalau menang dengan penipuan, of course la kita tak akan ada rasa connection dengan rakyat. Sebab bukan rakyat yang undi kita sampai menang. Of course kita akan rasa bongkak dan takabbur, dan suruh rakyat bersyukur kepada kita sebab kita masihlah berikan rakyat 10sen dari RM100 harta negara - contohnya - sebab sebelum ini rakyat tak undi pun kita, kita yang kena 'berdikari' menipu untuk menang.

Ini peringatan kepada yang bertanding.

Kepada pengundi, kita last-last minute ni, bukalah hati lihat kedua-dua belah pihak. Last minute dah ni.

Tengok A kata apa, B kata apa. Tengok Manifesto A kata apa, manifesto B kata apa. Tengok bagaimana A jelaskan manifesto dia, tengok B jelaskan manifesto dia. Tengok akhlak dan sikap pemimpin A, tengok akhlak dan sikap pemimpin B. Tengok track record A, tengok track record B.

Pengundi pun kena bijakkan diri. Jangan dengar satu hala sahaja.


Aku Teramat Takut.,Jika Sang Rocket Berjaya Tawan PENANG Lg,Mesti Dan Pasti,Suatu Hari Nanti,Rocket Yg Dipasak Di Bumi PENANG Itu Akan Berlepas Keluar Dan Membawa Keluar PENANG Dari MALAYSIA.!!! Itu Yg Aku Risau Dan Fikirkan,Hampa Yg Lain Aku Xtaw Laa Mcm Mana.(Sekadar Pandangan)


#Apa Motif Lambang Rocket Terpacak Naik.???
betapa indahnya jika lambang bulan yg terpacak ditempat ku.. 
nasib2  ~_~

 Jumaat terakhir sebelum PRU'13

Jom perkasakan doa!

Semoga keadilan ditegakkan,
kezaliman ditumbangkan,
Malaysia menjadi lebih makmur,
Islam menjadi lebih mudah disebar merentas perkauman.

Katakanlah amiin!






(everyone thinks of changing the world,but no one thinks of changing himself).-leo tolstoy

start small for BIG changes :D
 
 

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan



SELAMAT MENGUNDI SEMUA..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...