Khamis, 2 Jun 2011

MuHaSaBaH cInTa


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu


Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

CiNtA ZamAn sEkArAnG



betul ke mcm 2 zaman sekarang?
cannot go la! hahahahaha
Aku kira mejoriti la so kepada sesiapa yg bercinta jgn sentap
Cinta 2 bkn lah seindah mcm yg kita bayangkan
Jika silap langkah masuklah kita ke kancah kehinaan
Kalau mmg nk cinta yg seja
Ha btul ka mcm yg dinyatakan di atas?
ti
Cinta Allah Sejati dunia sampai akhirat
Aku bkn nk brlagak mcm ustazah
atau apa ka sbb aku pun byk dosa
Aku menulis ni unk sama2 beringat..

Tadi kat sekolah ada kempen " tangisan jiwa"
kempen ni menyampaikan mesej tentang pembuangan bayi
dan penderaan kana-kanak
isu ni mmg popular la sekarang
dan kebanyakan yg terlibat adalah REMAJA
menurut kajian yg paling byk membuang bayi adalah
pelajar sekolah AGAMA.
apa kes ni pelajar sekolah AGAMA?
bkn kah depa dapat didikan agama yg cukup ka?
mcm mna boleh berlaku?
Tepuk dada tanya iman

Sebenarnya punca semua ni adalah perkataan CINTA
Yg aku mksd kan kat sini adalah Cinta lakonan
seperti menanam tebu di tepi bibir
hanya kerana pujuk rayu sang lelaki wanita hanyut...
hanyut.. membawa maruah terkontang kanting..
x syg kah mereka pada diri sendiri?
Apakah mereka mahu kita kaum wanita berstatus
seperti zaman jahiliah dulu?
Kaum kita x da harganya?
Berapakah harga maruah kita?
sampai hati sungguh la..
disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

x kesian kah membuang bayi yg tidak brdosa?
bayi yg dikandung selama sembilan bulan
memang x da sifat keperimanusiaan
haiwan pun syg akan anak2 nya
haiwan pun jaga anak2 depa
ni manusia buang anak
Allah dah cipta kita terlalu istimewa
kita mempunyai akal unk berfikir
tetapi ampa x guna
ampa letak mana hah akal 2?
kira dah lebih teruk daripada binatang

Ya Allah engkau jauhkanlah aku daripada
tergolong dalam golongan org2 yg sesat
kau berikanlah aku petunjuk dimanapun aku berada
Aku percaya akan janji2 mu
bahawa wanita yg baik hanya unk lelaki yg baik
dan wanita yg jahat hanya unk lelaki yg jahat...
puji2 an keatas tuhan sekalian alam.. amin..

HA NI AQ AMBK DR BLOG JUNIOR AQ NI..BEST GAK KOWANG BACALAH
LINK

Selasa, 31 Mei 2011

Bertudung vs Berfesyen


Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Tutup aurat bukan suruh berselubung,
Sampai tak nampak muka dan hidung,
Yang faham tuntutan amatlah beruntung,
Taklah bersungut.. mulut pun muncung.

Bertudung bukan satu paksaan,
Ia lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu lebih dikuasai syaitan,
Itulah pasal fesyen yang bukan-bukan.

Bertudung bergaya biarlah sempurna,
Tak menjadi bahan kutukan.. tak pula menambah dosa,
Pun tak usahlah terlebih gaya,
Islam itu suka yang bersederhana.

Siapa kata kita tak boleh berwarna,
Tak caya cuba tengok pendakwah-pendakwah kita,
Ustazah tetap juga bubuh warna,
Taklah sampai nampak mengancam, tapi biarlah "bernyawa".

Kalau lah memang rasa nak berubah,
Pedulikan kata orang.. bukan dia yang dapat susah,
Asal niat, matlamat dan cara kita beristiqamah,
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah.

Bersamalah kita mengkaji semula,
Pakaian kita yang bagaimana gayanya,
Andai betul belum bersedia,
Janganlah kita mencemar kesuciannya.

Andai di hati redha dan ikhlas,
Diwajah Nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa kelas,
Asalkan Tuhan tahu.. di akhirat pengorbananmu terbalas.

link

Isnin, 7 Februari 2011

Jalan Fisabilillah

Jalan itu, Panjang, Tenang, Lapang...
Inginku laluinya

Jalan itu,
Sedamai air yang mengalir,
Selembut bayu yang melambai,
Perlahan-lahan ia menyampaikan salam,
Menyambut aku meniti di atasnya.

Jalan itu,
Titian fisabilillah,
Ketenangan,
Kedamaian,
Ku harapkan,
Meskipun ranjau dan duri itu,
Di sisi jalan,
Kerna Jannah itu indah.

Jalan itu,
Tumpah titis-titis mutiara,
Menjadi senjata,
Menjadi kekuatan,
Segalanya untuk DIA.

Jalan itu,
Sabar,
Redha,
Pasrah,
Tawakal,
Ubat dan penawar,
Kerna DIA melihat
Menilai keringat usaha,
Hanya kepada DIA,
Serah segalanya.

Jalan fisabilillah,
Janji DIA pasti,
Syurga Firdausi para syahid,
Neraka jahanam para pendusta.

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...