Isnin, 14 Jun 2010

kompas bumi kinanah





KOMPAS BUMI KINANAH



Bumi ini bumi suci
yang persis sebuah kompas
punya misi bagi setiap haluan
sebagai pedoman
pada bejat lembaran silam
di setiap arah kelana
membuka lorong taajub di nubari sani
lalu dengan pantas benak ini menilai
betapa tinggi aras keagungan-Nya
di kala kaki ini menelusuri lewat padang sahara
yang penuh dengan liku-liku yang unik
di sinilah musafir para rasul
melawan arus tribulasi
di sini jualah kau menghunus pedang runcing
bagi meradak musuh durjana


Bumi ini bumi suci
yang persis sebuah kompas
sertiap kali mendongak bongkah segi tiga itu
visual kekejaman firaun sering melambai-lambai
walau setinggi itu ilham ciptaanmu
walau setinggi itu jua keangkuhanmu
namun akhirnya kau berkubur di celah lautan merah
dek dibelah tongkat mukjizat Musa A.S.
kerana bumi ini persis sebuah kompas
yang arahnya pelbagai rencah
di sinilah pertemuan dua mercu
yang merakamkan episod kejahilan
yanag menakalkan jejak sirah kenabian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...