Selasa, 10 Januari 2012

KHALIL GIBRAN

semalam aku sendirian di dunia ini,
Kekasih....
Dan kesendirianku,
Sebengis kematian,
Semalam diriku adalah sepatah kata,
Yang tak bersuara,
Didalam fikiran malam,
Hari ini,
Aku menjelma menjadi sebuah nyanyian,
Menyenangkan diatas lidah hari,
Dan...
Ia berlangsung dalam seminit,
Dari sang waktu yang melahirkan sekilas pandang,
Sepatah kata,
Sebuah desakan,
Dan...
sekucup ciuman ...



Isnin, 19 Disember 2011

SaLaM pErPiSAhAn

salam semua :)Tambah Imej

langsung x sangka tahun nie last kami semua dapat kumpul.dah habis sekolah dah ..x sangka dah 5 tahunk ami dok kat SMATI nie..rindu gila babeng taw..

just 4u my dear lovely friends <3

Masih tersemat indah di sanubariku,
memori tatkala pertama kali melangkah kesini,
takut malu,segan, and entah apa lagi perasaanku,
saat aku mula goyah,
guru membakar semangatku,
taulan kembalikan keyakinan ku,
menyedarkanku bahawa tiada yg susah bg kita lalui didunia ini.

saat itu ukhwah yg terjalin kian erat,
muhabah yg dibina kian kukuh
aku tekad,
kulemparkan jauh segala kejahilan silam ku
kerana kalian {guru} sanggup curahkan ilmu kpdku walau ku pernah goreskan hati kalian,
menjentik kotak pemiliranku bahawa aq perlu insaf,
begitu kalian sanggup berkongsi masa dan ilmu dng kami,

saat kalian diperlukan ,
kalian sentiasa disisi,
membawa sinar ilmu kpd kami.

Teman,
nostalgia bersama kalian,
kubingkaikan dng bingkai yg paling indah,
ku gantungkan jauh di lubuk dinding hatiku,
kalian tetap bersama dihatiku walau jauh jarak posisi kita
segala gurau senda kalian ,gelaran dan nasihat kalian ku potretkan didisket mindaku ,
agar dapat kutatap tiap kali pedang rindu menusuk jiwa kosongku.

Smati,
disinilah tempat kami pelajari,
erti sebenar sebuah kehidupan,
tempat kami selami ,
definisi cinta yg hakiki,
tempat kami melombong,
potensi dan kelebihan kami,
tmpt yg memaparkan kpd kami,
maudhu' ihdah hayat kami yg sebenar,
tempat yg mampu,menerbitkan air mata saat tiba perpisahan,
tempat yg mampu menghilangkan segala ketakutan,kegerunan dan kejahilan kami,
yg pastinya tempat yg bakal kami rindui selama-lamanya.

syukran jazilan,
diatas ilmu kalian,kesabaran kalian,kesanggupan kalian ,kenakalan kalian , kebaikkan kalian dan kesudian kalian berkongsi masa remaja kalian .

segalanya x mampu ku lupakan..
ya benar x mampu aq lupuskan..
x pernah aq padamkan memori ini..
TIDAK!!!!!!

asif jiddan
atas segala khilafku,
noda dan dosaku,
kian ku sedar,betapa menggunungnya kesilapanku dibumbung tarbiah ini,
buat guru tersayangku,
ampun kerana tutur bicaraku tidak menyenangkan kalian,tingkah lakuku yg x sopan.
SODIQ,
salam kemaafan ku hulurkan kerana banyaknya dosaku pd kalian,
kutukan,perlian haha katajaman lidah,keculuparan mulut ku,
arghh banyak lglah yg dah pernah aq wat kat kalian..sory eh..

Hakikatnya,
aq benar2 hayati dan kecapi kemanisan dizaman persekolahan ini,
INDAH,
TENANG,
MANIS,
ya ada pancaroba,
namun benar2 mematangkan diri ini,
mengajar erti sebenar tanggungjawab,
dan meninggalkan impak yg begitu dalam di ruang jiwaku,


SALAM PEPISAHAN
moga masih ada sisa pertemuan diantaran kita kawan..

Jumaat, 9 Disember 2011

luahan hati



Assalamualaikum semua.
lama gila dah x tulis blog nie..macam2 hal yg menggangu tumpuan ana.
spm la.
pc rosak la..
sibuk la.
macam2 la..
but yg paling merencatkan otak ana ialah KEHILANGAN ADIK KU YG tersayang .

Adik ana ROBIAHTHUL AHBAB BT AKBAR ALI telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 8/12/2011.pada pukul 8 pg..

baru berusia 9 tahun dan menghadapi masalah pada otak.x lah teruk sangat tapi dia tu lambat sikit terima apa2.tapi sumpah dia memang seorang yg sangat2 periang,manja,baik hati macam2 la.
kehilangan dia memang bg tamparan hebat wat kami sekeluarga..hilang dah kegembiraan wat kami..
aq cuba untuk kuat tapi memang x leh.setiap penjuru kat umah ni ada je kenangan ngan dia.
Dia sekolah kat spastic penang.memang baik dan pandai sngt.Yg memang aq x leh tngk bila cikgu2 dia semua mai waktu jenazah dimandikan,depa menangis sngt2 ,depa cakap depa pun nux mandikan dia..Ya Allah kowang bayangkanlah kalau cikgu dia sayang gila kat dia,bagaimana plak ngan keluarga dia..aq paling kesian tngk ayah aq sbb dari adiku kecik ayahku selalu bawak dia p sana p sini untuk berubat.sampai ayahku ambik cuti sebulan nux bawak dia p indon.macam2 dugaan dah dia lalui waktu kecik.kesian kat dia.memang semua owng cakap biarlah mar jgn nangis dia masuk syurga taw.tapi macam mana aq nux rela, aq sayang gila kat dia.aq x taw lah macam mana hari2ku lepas nie tanpa dia disisi.aq harap nnt aq dpt p U yg jauh2 sikit.memang susah dok kat sini.pagi2 bng je tidur asyik terbayang kat dia .selalu dia yg bangun awal gerak kami semua..macam2 la yg dia tinggal kat kami.aq rindu sngt2 kat dia..aq taw sekarang nie mesti dia happy gile sebab ustzh aq cakap owng2 yg baik bila dah mati roh diorang nnt p jumpa Allah.best kan.

tapi biarlah .law dia terus hidup pun mesti dia lg terseksa kan..Allah mesti bg yg terbaik untuk semua..x taw lah macam mana aq nak bangkitkan semangat ibu aq..lemah je dr semalam.kesianya..

Robi kami semua sayang robi sngt2..Robi tunggu kami kat sana taw sayang..
ah lupa plak aq sedih sngt2 sbb dia ada cakap kat aq 3 hari sblm meninggal,dia kata habis kuar hospital nie dia nux mula pakai tudung,dia cakap dia x nux Allah benci kat dia,dia suwoh aq tolong beli baju tangan panjang n tudung kat dia..tapiiiiiiiii aq x sempat..
biarlah dia x wat dosa pun..aq kan kuat lepas nie untk adikku.semoga ALLAH tempatkan aq disisi nya nnt.

OK LAH NIE LIRIK LAGU HIJJAZ...WALAUPUN LAGU NIE KPD SAHABAT TAPI AQ TUJUKAN LAGU NIE UNTUK ADIKKU YG TERCINTA.



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

YA ALLAH KUATKANLAH SEMANGAT AQ UNTUKKU TEMPUHI HARI2 YG BAKAL MENDATANG TANPA ADIKKU DISISI.KAU HADIAHKAN LAH KAMI KEBAHAGIAAN DAH TEMPAHLAH TEMPAT BUAT KAMI DISEBELAHNYA.


Sabtu, 26 November 2011


assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...