Jumaat, 24 Jun 2011

AlAnGKaH InDaHnYEr


Alangkah indahnya wahai Tuhan
Andai tiap gerak tubuhku....adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku....adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku...adalah tafakur buatMu

Lebih indah lagi wahai Tuhan
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu untuk kuisi lompang fuadku
Agar diriku dalam dakapan redhaMu

Pasti terlalu indah wahai Tuhan
Andai Kau membalas cintaku....
dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu Wahai Tuhan...
tentulah paling indah
Jika cintaku mendapat perhatian
dan Kau janjikan dengan pertemuan...
di syurga idaman

- Artikel iluvislam.com

BERJUBAH TAPI TELANJANG? MASYALLAH

BerJUBAH Tetapi Telanjang ?




Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah ! Berhenti MeSEKSIkan Jubah Muslimah.
Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik, kakitangan-kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.

Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat dan bukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.

Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.




Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.

Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !

Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.

Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar danlapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.
LINK

Selasa, 21 Jun 2011

tips hafal Quran





Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT

Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT

Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


bingkisan di malam hari

andai Hasan alBanna kisah perjuangan
andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan
andai Bilal Rabah kisah kehambaan
maka kau dan aku adalah kisah persaudaraan.

andai bunga indah kerana warnanya
andai bulan indah kerana sinarnya
andai laut indah kerana birunya
maka persaudaraan kita indah kerana ingatannya



hati berkata cinta itu misteri
aku jujur mengungkapkan bicara ini
kerana cinta hak peribadi setiap insan
perasaan sebenar diadu kepada Tuhan

hati berkata cinta itu misteri
kerana belum masanya lagi
siapa Adam dan siapa Hawa
untuk diri sendiri
hanya Dia Maha Mengetahui

hati berkata cinta itu misteri
kerana kita berbeza destinasi
hanya waktu bisa menjawab setiap persoalan
yang berlegar
di benakmu kini

hati berkata cinta itu misteri
kerana aku masih di sini
cinta Ilahi cinta insani
berbeza makna pada setiap diri

hati berkata cinta itu misteri
teruskan pencarian wahai diri
utamakan cita-cita di hati
kelak pasti cinta itu tiba juga nanti.

ku kongsi rasa ini
kerana aku hanya ingin mengingatkan diriku sendiri
cintailah Ilahi kelak, cinta insani tiba buat diri sendiri
pasti,InsyaAllah.






Ahad, 19 Jun 2011

remaja bangkitlah kalian

Saban hari kita dengar, kita baca, atau mungkin kita saksikan ngn mata kepala kita sendiri
akan perihal buang anak, anak derhaka, pasangan curang, vendalisme dan banyak lagi la
semua tentang kerosakan akhlak dan moral dalam kalangan remaja!
bukan sahaja remaja tetapi golongan dewasa juga terbabit tp mejoritinya adalah remaja
memang zaman remaja ni zaman yg paling mencabar dalam fasa hidup setiap insan
oleh itu unk aku dan diri anda semua yg bergelar remaja pandai2 la jga diri
jangan la kita merosakkan variasi keturunan Nabi Muhammad sebagai umat yg x bertamadun


Persoalannya, adakah kita akan senang dan bangga dengan variasi yg menyakitkan mata
bila mata memandang? apakah sebab yg menyebabkan remaja semakin hanyut
terombang ambing dengan arus kehidupan? siapakah yg patut dipersalahkan?
Tiada siapa kot yg patut dipersalahkan cuba tepuk dada tanya iman
mesti akan dapat jawapannya yg sememangnya salah diri kita sendri
skrg sistem pendidikan di sekolah telah ada mata pelajaran yg menekankan pendidikan
agama dan moral seperti mata pelajaran pendidikan islam, pendidikan moral,
pendidikan syariah islam, pendidikan quran sunah dan mcm lagi la
kita sepatutnya mengambil peluang yg ada ini unk memperbaiki akhlak kita
peluang ada di depan mata jgn lah berputih mata pula
peluang hanya datang sekali ingt itu! ! ! !
Aku pun bukan lah baik sangat dulu pun aku hanyut juga dalam keseronokan
tapi aku juga manusia mula sedar tentang kesalahanku
ALLAH itu maha Pengampun :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...