Jumaat, 9 Julai 2010

Renungan Bersama



Dalam menempuh kehidupan jangan mudah gentar,
Jangan berundur dari langkah mujahidmu,
Langkahmu langkah pejuang,
Seorang pejuang yangg syurga menjadi destinasi


Janganlah engkau jadikan cinta dunia pilihanmu,
Isinya hanya kekosongan yang nyata,
Mengapa tidak cinta Allah dan Rasul?
Cinta-Nya dan kekasih-Nya adalah yang hakiki,



Namanya islam gelaranmu pun sama,
Adakah engkau betul-betul mengikut apa yang dsuruh?,
Hai, teman tidak malukah nak bertemu dengan Allah?
Dalam diri keadaan yang penuh dengan noda?


Antara surat khabar dengan al-quran,
Banyaknya pilih surat khabar dulu,
Mengapa tidak al-quran dahulu?
Inilh yang dikatakan umat akhir zaman.



Antara majlis ilmu dan konsert,
Konsertlah menjadi pilihan hati remaja kini,
Berduyun-duyunlah kamu ke sana sesukamu,
Tapi jangan ingat ia tidak akan ditanya oleh DIA.


Hai, ikhwan dan akhowat sekalian,
Jagalah pergaulanmu dimana saja kamu berada,
Peliharalah maruah agama yang dirimu anuti,
Kerana tanpa agama-Nya siapalah kita?



Lisan itu umpama pedang dan juga air,
Bergantung pada si penuturnya,
Buruk tuturnya umpama pedanglah sifatnya.
Dan umpama airlah jika baik tuturnya.



Jadikan kalimah toyyibah peganganmu,
Kerana ia menjadi teman untuk iman kita yang rapuh ini,
Jadikan taqwa isi kamar hati kecilmu itu,
Kerana dari itu kamu akan merasa khadiran-Nya.



Andai mahmudah mujahid hiasan dirimu,
Semoga engkau gagah dalam ujian-Nya,
Andai mazmumahlah menguasai dirimu,
Semoga Allah memberi hidayah padamu.



Ingatlah dunia umpama kepingan roti,
Jadikan ia hanya di gengamanmu,
Agar ia mudah untuk engkau lepaskn,
Agar dapat engkau alih perhatian anjing di perjalananmu.




Ooh, mujahid mujahidah sekalian,
Engkau umpama pelita agamamu,
Menerangi saudaramu tika dalam kegelapan,
Hilangmu umpama hilangnya sinar untuk temanmu.




Tabahlah dalam menempuh ranjau kehidupan ini,
Kuatkn langkah perjuanganmu dalam pentas dunia,
Semoga engkau sentiasa kuat dalam kehidupanmu,
Semoga jannah menjadi destinasi perjuanganmu





nukilan: tinta_mujahid
editor: MFZ & NHA

Link

untukmu rasullullah


Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria.


Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu,
Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...


Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...


Ya Rasulullah,
Cintanya dirimu kepada ummatmu,
Saat Izrail menarik nyawamu,
Menahan pedih nyawa ditarik,
Tika nyawa dihujung kerongkongmu,
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu,
Tanda kasih pada ummatmu...


Berakhirlah hidup seorang insan,
Berakhirlah ujian,
Berakhirlah keperitan,
Tubuh muliamu terbujur kaku,
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai,
Tangisan sahabat mula bergema,
Merantapi pemergianmu,
Susah untuk menerima,
Pemergian seorang insan,
Insan bernama Muhammad,
Telah pergi buat selamanya,
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah,
Bertemu habib yang kau cintai,
Bergembiralah engkau Ya Muallim,
Berumahkan istana di taman syurga...


Ya Rasulullah,
Tidak tahan hati ini,
Rinduku padamu kini menguasai,
Butir mutiara membasahi pipi,
Hatiku meronta ke sana sini,
Sudah letih ku menunggu lagi,
Meraut ketenangan diwajahmu...


Ya Habibi,
Syafaatkanlah diri ini,
Agar tenang bersemadi di sini,
Moga bertemu di taman Ilahi,
Di taman Syurga Firdausi...



SUMBER:Link

munajat perjuangan.






Ya Tuhan pemilik kekuasaan

Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan

Memuliakan hamba dengan keimanan

Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan



Engkau menabir siang dan malam

Menerbitkan yang hidup dari yang mati

Kembangkan Lembayung rahmatMu

Kepada kami insan yang memerlukan



Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan iman

Kekalkan kemesraan dalam kehidupan

Jalinkan ukhuwah sesama insan

Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan



Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu

Berserah jiwa dan raga untukMu

Demi agama, bangsa dan UmatMu

Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu

sahabat






Sahabat

Perjuangan ibadah kita

Hakikat insan dihidupkan

Dimatikan bila tugas selesai

Itulah janji Tuhan.



Sahabat

Apa lagi yang tak pasti

Kebatilan akan pastinya runtuh

Islamkan tertegak atas kebenarannya

Tegakkan keyakinan.



Sahabat..

Apa lagi yang kau ragukan

Adalah sunnah Rasullahlah

Yang sikit akan pasti menang

Dengan bantuan Allah.



Sahabat

Apa lagi yang kau sedihkan

Darjatmu tinggi di sisi Tuhan

Kiranya kau insan bertakwa

Kiranya kau insan beriman.

Jumaat, 2 Julai 2010

obor hemah

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...