~Akibat tidak bersolat ~
(Kisah Benar) : Ular Hitam Menunggu Mayat.
SUATU cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah
yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita
ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah
Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan
Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa
tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal
dunia.Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah
perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram
selepas solat zuhur.
Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan
tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang
berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang
lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat
mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah
wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan
Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular
hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin
dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk
memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni
berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita
itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh
oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita
itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus
datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita
itu.MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas –
keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan
beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang
dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita
tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit
jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.
Subhanallah... Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu.
Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya
sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini.
Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.
kuatkan iman kita..!!! =)
BalasPadamPerlu ke Free Education di Malaysia?
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html
Nauzubillah..moga2 kita terhindar dari seksaan kubur dan akhirat.perbanyakkan amalan dan suruhanNYA moga hidup kita sentiasa dlm lingkungan orang2 yang terpelihara..In Shaa Allah.peringatan utk diri sendiri juga ... :)
BalasPadam