TaRiNg pEnA hAmBa IlLaHi
MuLaKaN SeSuAtU DeNgAn ALlAh, AKhIrI sEsUaTu DEnGaN AlLaH :)
Khamis, 30 Mei 2013
Khamis, 9 Mei 2013
andainya kau tahu IBU....
Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.
Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.
Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.
Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.
Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.
Tetapi kini ibu…
andainya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir
Aku takut!!!
Tetapi kini ibu…
andainya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.
andainya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.
Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.
Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.
Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.
Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.
Tetapi kini ibu…
andainya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir
Aku takut!!!
Tetapi kini ibu…
andainya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.
andainya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…
Jumaat, 3 Mei 2013
PRU oh PRU ( *_*)
Pilihanraya,
kalau kita menang dengan penipuan,
kita kena ingat yang kita tak dapat mandat rakyat.
Rakyat yang rasa tertipu pula akan bangkit.
Pilihanraya hakikatnya bukan pertandingan nak dapatkan untuk diri kita sendiri kuasa, tetapi pertandingan untuk berikan khidmat terbaik buat rakyat.
Kita patut malu 5 tahun sekali kita pergi merayu pada rakyat agar undi kita, lepas pilihanraya, kita pula suruh rakyat syukur dengan kita, suruh rakyat berjimat sedang kita boros, suruh rakyat bersederhana sedang kita bermewah-mewah. Malu patutnya.
Kita kena ingat, pilihanraya ini natijahnya adalah amanah. Amanah Allah akan tanya di akhirat kelak. Rakyat pilih kita untuk menanggung amanah, menjadi wakil kepada rakyat, agar hak-hak rakyat terjaga, ada peningkatan, bukan semakin dihina dan dizalimi.
Kalau menang dengan penipuan, of course la kita tak akan ada rasa connection dengan rakyat. Sebab bukan rakyat yang undi kita sampai menang. Of course kita akan rasa bongkak dan takabbur, dan suruh rakyat bersyukur kepada kita sebab kita masihlah berikan rakyat 10sen dari RM100 harta negara - contohnya - sebab sebelum ini rakyat tak undi pun kita, kita yang kena 'berdikari' menipu untuk menang.
Ini peringatan kepada yang bertanding.
Kepada pengundi, kita last-last minute ni, bukalah hati lihat kedua-dua belah pihak. Last minute dah ni.
Tengok A kata apa, B kata apa. Tengok Manifesto A kata apa, manifesto B kata apa. Tengok bagaimana A jelaskan manifesto dia, tengok B jelaskan manifesto dia. Tengok akhlak dan sikap pemimpin A, tengok akhlak dan sikap pemimpin B. Tengok track record A, tengok track record B.
Pengundi pun kena bijakkan diri. Jangan dengar satu hala sahaja.
Aku Teramat Takut.,Jika Sang Rocket Berjaya Tawan PENANG Lg,Mesti Dan Pasti,Suatu Hari Nanti,Rocket Yg Dipasak Di Bumi PENANG Itu Akan Berlepas Keluar Dan Membawa Keluar PENANG Dari MALAYSIA.!!! Itu Yg Aku Risau Dan Fikirkan,Hampa Yg Lain Aku Xtaw Laa Mcm Mana.(Sekadar Pandangan)
#Apa Motif Lambang Rocket Terpacak Naik.???
betapa indahnya jika lambang bulan yg terpacak ditempat ku..
nasib2 ~_~
Jumaat terakhir sebelum PRU'13
Jom perkasakan doa!
Semoga keadilan ditegakkan,
kezaliman ditumbangkan,
Malaysia menjadi lebih makmur,
Islam menjadi lebih mudah disebar merentas perkauman.
Katakanlah amiin!
(everyone thinks of changing the world,but no one thinks of changing himself).-leo tolstoy
start small for BIG changes :D
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
SELAMAT MENGUNDI SEMUA..
Ahad, 28 April 2013
~INDAHNYA TAKDIR TENTUAN ALLAH~
Jari
begitu tangkas untuk menelaah facebook seorang sahabat, tetiba terjumpa
sebuah pengisian yang begitu menarik sehingga terbuai dengan cerita
dakwah yang cuba disampaikan oleh penulis, sungguh memikat kalbu dan
menyentuh perasaan.. Mari kita hayati kisah ini, semoga dapat mesej yang
disampaikan memberikan impak yang positif dalam hidup kita.. ;)
BACA SAMPAI ABIS TAU
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun
tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah
aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik
lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar
aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay
lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku
ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun
tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.
Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
abang dengar tak?. Macam cakap dengan laptop tu je.
hm,saya
sembahyang dekat surau. Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
saya ikut. Jap saya siap. Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat
mana surau?
abang,
dah siap. Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz
60 dengan tshirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik
abang..? Aiman tersedar.
jom. Kunci kereta di atas meja di capai.
saya bawa kereta awak, tak kisah? tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. harta saya harta abang juga.
Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta hanya dengar radio hot fm refleksi.
*************
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
abang,surau
belok kiri tu. Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah
yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak
keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
err,Ira.. Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
ya? okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti? Syahirah senyum.
jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni. Aiman terdiam.
Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
jom. Ajak Syahirah. hmm. Enjin kereta di matikan.
***************
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.
Aku
tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama aku dah jauh terpesong.. Seperti
ada suara yang datang dalam fikirannya, tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat
juga dia amaran abang iparnya. aku bagi amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah
kau buat dia menangis. Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
..ingat!
aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara Jangan
kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala
Batas tu. Kau faham tak? Aiman hanya mengangguk. Huh,garang
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
cuba teka ini siapa? kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.
hmmm, Tom Cruise.. main-main Aiman.
salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu! Aiman ketawa.
hm,Hj. Amran. Syahirah pula ketawa.
salah! Hj.Amran dekat Johor.
ha! Tahu..tahu..Syah! Syahirah kerut dahi.
Syah mana?
Syahirah. Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut
juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara mara dia ada
kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh
je masuk.
abang buat apa?
tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..
tanya apa?
er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?
sebab Allah.
Aiman diam sebentar.
tak faham.
saya
buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya. Aiman senyap. Rasanya
tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
*********************
Seminggu berlalu
Abang,saya tak reti masak kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut
juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak hari-hari
makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata
sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!
Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.
macam mana ni abang? kata Syahirah sayu.
Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.
maaf ya abang..
Aiman senyum. tak apa.Aiman keluar dari dapur.
Syahirah
rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat
malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan
membawa laptop.
abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?
belajar masak guna internet..Aiman senyum dan mengangkat kening.
Syahirah senyum. huish masin. Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. abangkan yang masak ni. Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa. komen Aiman pula.
okay apa..
is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.
boleh ke macam itu?
boleh je.
okay..
dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau. Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!
******************
ustaz. Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu menoleh. ya?
saya nak
nak apa?
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
anak nak apa?
saya nak belajar agama. Terluah juga.
Ustaz itu senyum.
mari.
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
ustaz kenalkan isteri saya. Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau. Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni. kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.
terima kasih ustaz. Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.
waalaikumsalam. Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
******************
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
lamanya abang pergi.. Aiman tersedar.
hmm,seminggu je.
Ya,dia
kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok
agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau
kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam
dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!
seminggu tu lama tauu.. lirih Syahirah.
pejam celik- pejam celik sekejap je tu..
kalau
pejam tak celik- celik? tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni.
Aiman memandang Syahirah.
apa awak cakap ni.. lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.
Aiman diam tak yah lah kemas beriya-iya .Nanti Yang lain saya kemas
Isterinya tarik muncung. tak mau lah, nanti kurang pahala.
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik
mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah…
banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajud..”
Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun
juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack
serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak
lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom
masuk.”
Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih
lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak
best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual
mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ ..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin
membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku
padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari
seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je
Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau
selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi
saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita
aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti
hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar
azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah
dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda
pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku
masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum
dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter
pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum
paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita
try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim
je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar
slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.
Baju
dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah
S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke
pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..”
sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak
cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau
melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal
lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak
fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini
tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang
Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar
dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman
berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.”
Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala
talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang
ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. _____________________________
“Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah
berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman
senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”
Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata
isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba
abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu
senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh,
Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk
Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik
kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini
dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak
muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya.
Tipu
kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya
itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras
dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah
memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi
dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia
tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi
still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya
itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas
beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada
projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka
rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan
tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. –
Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email
kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astaghfirullahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur
alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
______________________________ ___
“saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan
untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun
sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini.
Aiman
memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun
dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah
terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus
menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah
itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di
buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut.
Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan
dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga
semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman
di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa
tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm,
kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah
qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul
berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin
untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang
ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah
mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh
Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa
halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada
terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan
sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun
nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa
saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau
tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak
juga.”
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Aiman
cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah
menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. Aiman terpisat-pisat
bangun.
Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang
hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..”
Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh
memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang
membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”
Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu
membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…”
sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah
ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!”
herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba
meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!”
arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar
Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata
muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik.
Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang
menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah…
Belajar
DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar
REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir
itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.”
Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman
duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah,
sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia
tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi,
kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang.
Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah
duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.
Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di
selamatkan.”
Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya
cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil
itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya
ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta
Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil.
Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun
setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba
kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak
pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang
solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari
biliknya.
Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.
Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.
Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah
itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum.
Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.
Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman
menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan
bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang
seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum
memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup.
Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato.
Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia
tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu
saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata
isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di
bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. menitis air mata selepas baca kisah ni. wallahua'lam
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. menitis air mata selepas baca kisah ni. wallahua'lam
jusz copy and paste. moga ianya bermanfaat
Langgan:
Catatan (Atom)